Hotel de la Bretonnerie 3-bintang terletak di tengah-tengah daerah Marais yang indah, berhampiran dengan Place des Vosges yang menarik. Bilik-bilik dihiasi secara individu dan terdapat akses Wi-Fi percuma. Hotel ini bertempat di bekas sebuah rumah persendirian yang dibina pada abad ke-17. Muka bangunan batu Parisian yang klasik membawa ke arah ruang tamu yang elegan dan selesa, yang telah mengekalkan ciri-ciri pesona dan karakter zaman silam. Bilik-bilik dihiasi dengan perabot bergaya; beberapa darinya mempunyai alang-alang terdedah; yang lainnya mempunyai pemandangan Sainte-Croix de la Bretonnerie yang meriah; dan beberapa darinya mempunyai ruang tamu kecil. Hotel ini mempunyai lokasi berpusat dan menawarkan suasana Paris yang sebenarnya dengan kafe-kafe nya, teres dan halaman berbunga, serta juga akses mudah ke seluruh kotaraya melalui rangkaian pengangkutan awam yang berhampiran.