Berjarak 3 minit berjalan kaki dari Place de la République, Hotel du Nord et de l'Est menawarkan bilik-bilik dengan TV LCD. Ia mempunyai teres dalaman di mana para tetamu boleh berehat di sebelah bunga dan air pancut. Akses Wifi, saluran satelit dan Canal+ merupakan kemudahan asas di dalam semua bilik di Hotel du Nord. Setiap bilik mempunyai peti keselamatan serta bilik mandi peribadi dengan pengering rambut. Semua bilik diservis dengan lif hotel ini. Sarapan boleh dinikmati di dalam bilik atau di ruang makan. Kemudahan tambahan termasuk perkhidmatan bilik 24 jam serta penerimaan tetamu 24 jam di mana faks dan fotostat turut ditawarkan. Hotel ini berada sejauh 2 minit berjalan kaki dari stesen Metro Oberkampf yang menyediakan akses terus ke Grand Boulevards dan gedung serbaneka Galeries Lafayette. Place de la Bastille adalah 20 minit berjalan kaki jauhnya.