Hotel yang mesra dan menawan ini terletak di dalam sebuah bangunan abad ke-18 di tengah-tengah Saint-Germain-des-Prés dan menawarkan penginapan yang ideal bagi percutian anda ke Paris. Semua bilik penginapan di Hotel Régent mempunyai suasana yang mewah dan perabot yang menarik. Ia turut dilengkapi telefon, televisyen satelit, penyaman udara, peti deposit keselamatan dan bilik mandi dengan semua kelengkapannya. Di kaunter penyambut tetamu hotel ini yang dihias dengan gaya romantis, anda akan menemui kakitangan hotel yang akan membantu anda memberikan nasihat dan panduan mengenai sesuatu pertunjukan atau kedai, restoran, atau sebarang destinasi yang patut dilawati, sebarang aktiviti bersiar-siar, sewaan basikal, motosikal atau kereta, serta membantu anda membuat tempahan. Akses Internet Wi-Fi berbayar serta perkhidmatan bas penghantaran ulang-alik berbayar ke lapangan terbang juga disediakan di sini. Lokasi Hotel Régent yang ideal ini membolehkan anda benar-benar mengenali sisi Paris yang sering diperkatakan oleh pasangan yang bercinta, penyajak, pelajar dan artis di dalam salah sebuah daerah paling indah dan kekampungan di ibu kota Perancis ini.