Hotel moden Sofitel Le Faubourg ini terletak di pusat bandar Paris dan hanya 50 meter dari Place de la Concorde serta 100 meter dari Champs-Élysées yang terkenal. Ia bertempat di dalam 2 rumah agam persendirian yang telah wujud sejak abad ke-18 dan ke-19. Bilik dan suite yang berhawa dingin di Sofitel Paris Le Faubourg ini dihias dalam gaya busana anggun dan telah diubah suai sepenuhnya oleh pereka dalaman yang terkenal. Ia kalis bunyi serta mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit, WiFi percuma dan bilik mandi peribadi yang besar. Tetamu juga boleh menikmati makan malam atau makan tengah hari di restoran Blossom, yang menawarkan masakan Perancis dan pelbagai jenis wain. Mereka juga boleh minum di teres di Bar du Faubourg. Di hotel yang mewah ini, tetamu akan menemui pusat kesihatan yang dibuka 24 jam, pusat kecergasan serta 2 hammam. Tetamu juga boleh meminta perkhidmatan urutan atau rawatan kecantikan yang menenangkan. Hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari kawasan pereka fesyen Rue du Faubourg Saint-Honoré dan Jardin des Tuileries. Stesen Metro Concorde yang terletak sejauh 100 meter menyediakan akses terus untuk ke semua tarikan yang terkenal di Paris.