Hotel du Ministère terletak di pusat daerah ke-8 di Paris, di Faubourg Saint-Honoré. Ia berada di sebatang jalan yang tenang berhampiran dengan pusat fesyen dan perniagaan di ibu negara ini. Hotel ini mempunyai hiasan yang kontemporari dan memaparkan koleksi seni. Terdapat juga sebuah halaman dalaman. Bilik-bilik di sini adalah luas, direka secara individu dengan warna terang dan menawarkan pemandangan bumbung-bumbung di Paris. Setiap bilik mempunyai sebuah TV skrin rata dengan saluran satelit, pemain CD dan minuman ringan organik percuma di dalam bar mini. Sarapan Amerika disediakan setiap pagi dengan pelbagai pilihan item yang organik. Anda juga boleh berehat di Honesty Bar, iaitu bar di hotel ini, yang mempunyai pilihan minuman organik. Anda boleh menikmati akses percuma ke bilik kecergasan di Hôtel du Ministère. Parking awam boleh didapati berdekatan dan dengan bayaran tambahan. Champs-Elysées, Place de la Concorde, Place de la Madeleine dan laluan beli-belah yang ekslusif di Rue du Faubourg Saint-Honoré terletak berhampiran dengan lokasi yang strategik ini.