Lotus Hotel KL Sentral terletak di Brickfields, dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api KL Sentral. Hotel ini menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan Wi-Fi percuma di seluruh bangunan. KL Sentral Lotus Hotel berjarak hanya 500 meter dari kedai dan restoran yang berwarna-warni di Little India. Pusat Membeli-belah Mid Valley berjarak 10 minit pemanduan. Bilik-bilik yang berhawa dingin dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan membuat teh/kopi dan peti keselamatan peribadi. Kemudahan menyeterika dan pengering rambut juga disertakan. Urusan persiaran boleh diatur di meja tempahan lawatan. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan dobi dan menyeterika. Perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang disediakan dengan bayaran tambahan.