Royal Regency yang dihiasi dengan citarasa tinggi menawarkan penginapan luas yang sangat hampir dengan Chateau de Vincennes dan Taman hutan terbesar di Paris. Vincennes adalah sebuah desa yang menawan yang berada di sepanjang daerah pentadbiran ke 12 Paris. Di sini anda akan menemui beberapa kawasan autentik budaya Paris termasuklah senibina zaman abad pertengahan, pengalaman santapan hebat dan kawasan kehijauan yang luas seperti Bois de Vincennes dan Parc Floral de Paris. Setiap pangsapuri 2 bilik tidur di Royal Regency mempunyai balkoni atau teres, sebuah bilik tidur double, sebuah bilik tidur single, sebuah katil sofa, dapur separa dan bilik mandi yang lengkap. Tempat penginapan ini berada dekat dengan pelbagai pilihan pengangkutan awam yang menyediakan akses mudah dan tanpa kesulitan ke pusat kota raya Paris dan ke beberapa tempat yang paling banyak dikunjungi di dunia. Setelah seharian keluar di bandar, manfaatkanlah lounge penginapan atau sauna yang menenangkan di Regencys.